Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Tanah gersang
Imam Muslim ibnul Hajjaj mengatakan di dalam kitab Shahih-nya bahawa telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Ali Al-Hilwani, telah menceritakan kepadaku Abu Taubah Ar-Rabi' ibnu Nafi', telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah ibnu Salam, dari Zaid (saudaranya). Dia pernah mendengar Abu Salam mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abu Asma Ar-Rahbi, Sauban maula Rasulullah S.a.w pernah menceritakan kepadanya bahawa ketika dia sedang berdiri di hadapan Rasulullah S.a.w, datanglah seorang ulama Yahudi kepada Rasulullah S.a.w, lalu berkata, "Semoga kesejahteraan atas dirimu, hai Muhammad." 

Maka aku (Sauban) menolaknya dengan tolakan yang cukup kuat sehingga hampir saja dia terjatuh kerana tolakanku. Lalu dia berkata kepadaku, "Mengapa kamu menolakku?" Aku menjawab, "Mengapa tidak kamu katakan, wahai Rasulullah?" Orang Yahudi itu berkata, "Sesungguhnya aku memanggilnya dengan nama yang diberikan oleh orang tuanya." 

Maka Rasulullah S.a.w bersabda, "Sesungguhnya namaku Muhammad, itulah nama yang diberikan kepadaku oleh orang tuaku." 

Orang Yahudi itu berkata, "Saya datang kepadamu untuk bertanya." 

Rasulullah S.a.w bersabda, "Apakah ada manfaatnya bila saya katakan sesuatu kepadamu?" 

Orang Yahudi itu menjawab, "Saya akan mendengarnya dengan baik." 

Maka Rasulullah S.a.w mengetuk-ngetuk tongkat kayu yang ada di tangannya dan bersabda, "Bertanyalah." 

Orang Yahudi itu bertanya, "Di manakah manusia berada pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan begitu juga langit?" 

Rasulullah S.a.w bersabda; "Mereka  berada  di  dalam  kegelapan  sebelum jambatan (sirat)."

Orang Yahudi itu bertanya, "Siapakah manusia yang mula-mula melaluinya?" 

Rasulullah S.a.w menjawab; "Orang-orang  yang  fakir  dari  kalangan Muhajirin."

Orang Yahudi itu berkata, "Apakah hadiah makanan mereka di saat mereka memasuki syurga?" 

Rasulullah S.a.w menjawab; "Lebihan  hati  ikan  Nun."

Orang Yahudi itu bertanya lagi, "Lalu apakah makanan mereka seterusnya?" 

Rasulullah S.a.w menjawab; "Disembelihkan  bagi  mereka  sapi  jantan syurga  yang  makanannya diambil  dari  pinggiran-pinggiran syurga (yakni digembalakan di pinggiran syurga)."

Orang Yahudi itu bertanya lagi, "Lalu apakah minuman mereka setelah makan makanan tersebut?" 

Rasulullah S.a.w bersabda; "Dari  mata  air  yang  ada  di  dalam  syurga yang  disebut  Salsabila." 

Orang Yahudi itu berkata, "Engkau benar." Lalu dia berkata lagi, "Saya datang kepadamu untuk menanyakan sesuatu yang tiada seorang penduduk bumi pun mengetahui jawapannya kecuali seorang nabi atau seseorang atau dua orang." 

Rasulullah S.a.w bertanya kembali, "Apakah ada manfaatnya bila aku katakan kepadamu?" 

Orang Yahudi itu berkata, "Saya akan mendengarnya dengan baik." Orang Yahudi itu mengajukan pertanyaan-nya, "Saya datang kepadamu untuk bertanya tentang anak." 

Rasulullah S.a.w bersabda; "Mani orang lelaki putih dan mani perempuan kuning, apabila keduanya berkumpul, lalu mani lelaki mengalahkan air mani perempuan, maka dengan izin Allah anaknya menjadi lelaki. Dan apabila air mani perempuan mengalahkan air mani lelaki, maka dengan izin Allah anaknya menjadi perempuan."

Maka orang Yahudi itu berkata. "Engkau benar, dan sesungguhnya engkau adalah seorang nabi." Lalu lelaki Yahudi itu pergi.

Dan Rasulullah S.a.w bersabda; "Sesungguhnya orang ini telah menanyakan kepadaku pertanyaan yang tiada pengetahuan bagiku tentangnya barang sedikit pun, seandainya tidak ada utusan dari Allah yang memberitahunya kepadaku (tentang jawapannya)." 

----------------

Syu'bah mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Ishaq bahawa dia telah mendengar dari Amr ibnu Maimun. Barangkali dia mengatakan bahawa Abdullah (Ibnu Mas'ud) berkata, dan barangkali dia tidak menyebutnya. Lalu saya bertanya kepadanya, "Apakah dia menerimanya dari Abdullah?" Dia mengatakan bahawa dia pernah mendengar Amr ibnu Maimun mengatakan berhubung dengan makna firman-Nya;

"(Iaitu)  pada  hari (ketika)  bumi  diganti  dengan  bumi  yang  lain." (Surah Ibrahim : 48)

Bahawa bumi yang lain itu warnanya putih seperti perak lagi bersih, tidak pernah dialirkan darah padanya dan tidak pernah dilakukan suatu dosa pun padanya. Pandangan mereka menembus jauh dan suara juru penyeru kedengaran oleh mereka, mereka dalam keadaan tidak beralas kaki dan telanjang, seperti keadaan mereka ketika diciptakan (dilahirkan). Perawi mengatakan, dia menduganya mengatakan bahawa mereka dalam keadaan berdiri, hingga keringat mereka sampai pada mulut mereka.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah Ibrahim ; ayat 48]


buah anggur
Di dalam kitab Shahihain (Bukhari dan Muslim) disebutkan hadits Ibnu Abbas tentang masalah shalat gerhana matahari, yang di dalamnya antara lain disebutkan bahawa mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat engkau meraih sesuatu dari tempatmu itu, kemudian kami lihat engkau mundur." Maka Rasulullah S.a.w. menjawab; 

"Sesungguhnya aku melihat syurga lalu aku berniat memetik setangkai anggur darinya. Seandainya aku benar-benar memetiknya, nescaya kalian akan makan sebahagian darinya selama dunia ini masih ada."

Al-Hafidz Abu Ya'la mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Khaisamah, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Ja'far, telah menceritakan kepada kami Ubaidillah, telah menceritakan kepada kami Abu Uqail, dari Jabir r.a yang mengatakan, "Ketika kami dalam shalat Zohor, tiba-tiba Rasulullah S.a.w maju ke depan, kemudian Rasulullah S.a.w meraih sesuatu seakan-akan hendak mengambilnya, tetapi setelah itu beliau mundur kembali. Setelah shalat selesai, Ubay ibnu Ka'b bertanya kepada beliau, "Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau telah melakukan sesuatu dalam shalat yang belum pernah kami lihat engkau melakukannya sebelum itu." Maka Rasulullah S.a.w. menjawab;

"Sesungguhnya syurga ditampilkan kepadaku dan semua bunga serta pohonnya yang hijau, maka aku bermaksud hendak memetik setangkai buah anggur darinya untuk diberikan kepada kalian, tetapi antara aku dan buah anggur ada penghalang. Seandainya aku dapat mendatangkannya buat kalian, tentulah semua makhluk yang ada di antara langit dan bumi dapat memakannya tanpa menguranginya."

Imam Muslim meriwayatkan melalui hadits AbuzZubair, dari Jabir yang berkedudukan sebagai syahid (bukti) bagi sebahagiannya. Dari Atabah ibnu Abdus Salma, disebutkan bahawa ada seorang Badwi bertanya kepada Nabi S.a.w tentang syurga. Dia bertanya, "Apakah di dalam syurga ada buah anggur?" Nabi S.a.w menjawab, "Ya." Lelaki Badwi bertanya, "Sebesar apakah tangkai buah anggurnya?" Rasulullah S.a.w menjawab, "Besarnya sama dengan perjalanan satu bulan bagi burung gagak yang hitam legam (bila terbang) tanpa berhenti." Hadits ini merupakan riwayat Imam Ahmad. Imam Tabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Mu'az ibnul Musanna, telah menceritakan kepada kami Ali ibnul Madini, telah menceritakan kepada kami Raihan ibnu Sa'id, dari Abbad ibnu Mansur, dari Ayyub, dari Abu Qilabah, dari Abu Asma, dari Sauban yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda;

"Sesungguhnya seseorang apabila memetik sebiji buah dari syurga, maka tumbuh lagi buah lain yang menggantikan kedudukannya."

Dari Jabir ibnu Abdullah, disebutkan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda; "Penduduk syurga makan dan minum tanpa mengeluarkan hingus, tanpa buang air besar dan tanpa buang air kecil, makanan mereka (dikeluarkan melalui) sendawa yang baunya wangi seperti minyak kasturi, dan mereka diilhami untuk bertasbih dan bertaqdis (mensucikan Allah) sebagaimana mereka diilhami untuk bernafas."  Hadits ini adalah riwayat Imam Muslim.

Imam Ahmad dan Imam Nasai meriwayatkan melalui hadits Al-A'masy, dari Tamam ibnu Uqbah; dia pernah mendengar Zaid ibnu Arqam mengatakan bahawa seorang lelaki dari kalangan ahli kitab pernah datang, lalu bertanya, "Wahai Abul Qasim, engkau menduga bahawa penduduk syurga makan dan minum?"

Rasulullah S.a.w menjawab; "Ya, demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya seseorang dari penduduk syurga benar-benar diberi kekuatan seratus orang lelaki dalam hal makan, minum, bersetubuh, dan syahwat (berahi)"

Lelaki ahli kitab bertanya, "Sesungguhnya orang yang makan dan minum itu tentunya akan membuang hajat, sedangkan di dalam syurga tidak terdapat kotoran."

Rasulullah S.a.w menjawab; "Hajat seseorang dari mereka berupa keringat yang keluar dari kulit mereka, baunya wangi seperti minyak kasturi, lalu perut mereka mengempis (mengecil)." (Riwayat Ahmad dan Nasai) 

Al-Hasan ibnu Arafah mengatakan, telah menceritakan kepada kami Khalaf ibnu Khalifah, dari Humaid ibnul A'raj, dari Abdullah ibnul Haris, dari Abdullah ibnu Mas'ud r.a yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda kepadanya; "Sesungguhnya kamu benar-benar memandang seekor burung di syurga, maka burung itu jatuh terguling di hadapanmu dalam keadaan telah terpanggang (siap untuk dimakan)."

Di dalam sebahagian hadits disebutkan bahawa apabila seseorang telah memakannya, maka burung panggang itu kembali berwujud burung dan terbang seperti sediakala dengan izin Allah S.w.t.


[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah ar-Ra'd, ayat 35]


Menambahkan aroma dan perisa pada Cucur Ikan Bilis

Cucur Ikan Bilis
Di sini saya bukannya mahu memberikan resepi membuat Cucur ikan bilis, kerana saya yakin hampir semua orang yang suka memasak tahu cara membuatnya. Tetapi saya hanya mahu berkongsi kelainan yang dapat membuatkan cucur ikan bilis bertambah sedap dengan aroma yang menyelerakan. Ya, mungkin tidak semua orang akan suka, tetapi cuba lah dahulu :-D

Biasanya, cucur ikan bilis hanya dicampur dengan ikan bilis dan bawang yang TIDAK DIGORENG. Ini tidak akan menimbulkan aroma yang menyelerakan dan perisa yang membuatkan kita ketagih untuk menguyah lagi. 

RAHSIA untuk menimbulkan aroma yang menyelerakan dan menambah perisa ialah dengan MENGGORENG terlebih dahulu ikan bilis dan bawang. Setelah itu, barulah dicampur ke dalam adunan tepung. Dan sila cuba goreng bawang putih, kerana bawang putih goreng mempunyai aroma dan perisa yang lebih dari bawang merah. Kalau dicampur kedua-dua pun, lagi best.

Bawang yang tidak digoreng akan terasa hambar dan itu mengganggu rasa pada cucur ikan bilis tersebut. Dengan kegaringan yang ada pada bawang goreng itulah yang akan menambah aroma dan juga perisa. Ibaratkan ubi mentah dibandingkan dengan ubi goreng, yang mana lebih sedap? Sudah tentu ubi yang digoreng.

Bagi saya secara peribadi, cucur ikan bilis yang diadun dengan ikan bilis goreng dan bawang goreng adalah antara makanan yang sangat sedap dengan kos yang sangat murah kerana campurannya tidak menggunakan banyak bahan, tetapi rasanya dapat menyaingi makanan-makanan yang berkos mahal dengan campuran yang banyak.

Selamat mencuba ....... :-)

Sedap atau tidak VS Canggih atau tidak

bugatti veyron and 1935 mercedes benz
Kadang-kadang mungkin kita merasa pelik, eh kenapa orang tu suka sangat benda tu, walhal bagi kita tak ada apa pun yang istimewa. Dan kadang-kadang juga orang merasa pelik pada kita, kenapalah kita ni suka sangat benda yang bagi mereka tak ada standard pun.

Ada orang lebih suka cara nyanyian dari penyanyi tahun 50an dan 60an, sementara ada orang lebih suka cara nyanyian dari penyanyi zaman moden. Sedangkan hakikatnya, nyanyian dari penyanyi moden (Siti Nurhaliza sebagai contoh) lebih banyak skill, banyak bunga, banyak pembaharuan, lebih sulit dan sebagainya. Jika seseorang itu mendalami ilmu muzik mungkin dia akan faham. 

Ada orang pula lebih pentingkan suara (merdu), tak kiralah nyanyian itu ada skill ke tak ada skill. Malah ada juga yang lebih pentingkan melodi lagu, tak kira lah suara penyanyi tu merdu ke tidak, janji lagu sedap. Dan tak kurang yang pentingkan kesemuanya (total package). Maka tak hairan lah dalam pertandingan Juara Lagu sebagai contoh, ada yang tidak puas hati dengan lagu yang menang. Walaupun lagu-lagu yang menjadi juara sudah menjadi pilihan pakar muzik sekalipun, tetap akan ada yang tak puas hati. 

Dan jangan hairan, ada juga orang yang suka suara penyanyi yang sama dengan suaranya sendiri. Tak pasti kenapa, mungkin agar orang tahu bahawa suaranya seperti suara penyanyi sekian-sekian. :-D

Begitu juga tentang filem. Ada yang lebih suka filem lama berbanding dengan filem baru, walaupun kita sedia maklum filem baru lebih menggunakan alat-alat yang canggih dan biaya yang lebih mahal. Kenapa mereka lebih suka filem-filem lama? (contohnya filem-filem Allahyarham P Ramlee). Ada yang mengatakan filem-filem lama lebih memberi pengajaran, lebih sampai ke hati, lakonan yang mantap, lawak yang bermesej serta tidak melampau dan sebagainya. Sedangkan filem-filem baru kebanyakannya tangkap muat, pilihan pelakon yang cincai, tak sampai ke hati, lawak bodoh serta melampau dan sebagainya. Apa-apa aje la kan?

Kita lihat dalam bab makanan pula. Ada orang lebih suka makanan-makanan tradisional seperti karipap, cokodok, onde-onde, nasi himpit dan lain-lain, berbanding dengan makanan-makanan moden seperti kek yang berbagai corak dan warna, biskut, pizza, ice cream dan makanan-makanan lain yang canggih. Sedangkan hakikatnya, makanan-makanan moden itu lebih sukar untuk diproses dan canggih, sedangkan makanan-makanan lama lebih simple.

Kita jenguk dalam bab fotografi. Kenapa sampai ada macam-macam jenis kamera, dari yang murah sampai ke yang sangat mahal? Padahal kerjanya sama sahaja, iaitu nak tangkap gambar. Dan walaupun gambar keluar dari kamera yang sangat mahal, tidak semestinya ia akan disukai orang. Malah tak kurang gambar dari kamera yang sangat murah pun lemak berkrim disukai ramai.

Ada orang suka gambar yang warnanya terang, ada yang suka gambar edit macam lukisan, ada yang suka gambar kurang edit, ada yang suka tak edit langsung. Malah yang edit dan warna melampau sangat pun ada yang suka juga. Ih ih ih ih ih.

Ada gambar yang sulit dan sukar untuk difotokan. Ada yang sangat mudah. Ada orang suka gambar yang cantik dimatanya, tak kira lah proses memfotonya payah atau tidak. Ada pula yang pentingkan keunikan dan kesukaran untuk memfoto, walaupun gambar tak cantik mana. Bagi yang selera tinggi pula, mementingkan banyak faktor dalam suatu gambar.  

Maka tak hairan lah, kadang-kadang ada jurukamera berpenat-lelah gila-gila untuk dapatkan gambar yang terbaik baginya, tetapi usahanya tidak diminati orang (mungkin kerana orang tak nampak macam mana dia berusaha dan orang tak reti nak menilai hasil usahanya untuk dikaitkan dengan gambar). Dan kadang-kadang ada jurukamera yang buat kerja cincai dan ala kadar sahaja, tetapi hasil usahanya diminati orang. Apa boleh buat, "beauty in the eyes of the beholder."

Kalau dalam bab permainan komputer (PC Games), kebanyakan games baru sekarang memang canggih grafik dan pembikinannya. dibandingkan dengan games-games lama (dan banyak lagi games murahan baru) yang grafiknya hanya kelihatan seperti susunan petak-petak. Tetapi ada orang (terutamanya kanak-kanak), games yang petak-petak itulah yang lebih disukai. Games yang grafiknya lebih realistik dan canggih langsung tidak dipedulinya. Kalau main pun mungkin sekejap dan akan mudah bosan (mungkin kerana corak permainan tidak sesuai dengan kanak-kanak).

Ada orang pula (terutamanya remaja dan dewasa), lebih tertumpu kepada kecanggihan dan grafik yang realistik, disamping gameplay yang bagus. Grafik yang cantik dan realistik itu merupakan satu kepuasan sampingan juga dalam bermain. Mungkin kerana orang dewasa lebih penghayatannya berbanding dengan kanak-kanak, dan orang dewasa lebih melihat kepada banyak sudut.

Dalam bab sukan, contohnya bolasepak, ada orang bermati-matian kerana bola. Ada yang sanggup menunggu dan beratur lama kerana bola, ada yang bertumbuk kerana bola, ada yang tak tidur malam kerana bola, ada yang rela demam kerana bola, makan tidur bola lah katakan. Dan di sana ada orang yang pelik tengok gelagat peminat bola. Kenapalah sampai bersorak (bertempik) sampai tengah malam kerana menonton bolasepak? Apa faedahnya duk tengok orang berebut sebiji bola di tengah padang? Kenapa tidak beli je sorang satu dan simpan dalam almari diam-diam, tak perlulah berebut. Hhmmmm.

Contoh lain lagi dalam bab kenderaan. Ada orang lebih suka kenderaan lama dan klasik. Tak payah tunjuk lah padanya kereta Ferrari ke, Lamborghini ke, Porche ke, Bugatti Veyron ke, dia langsung tak terliur. Air liurnya hanya akan meleleh jika dia terpandang kereta-kereta atau motosikal klasik. Sedangkan hakikatnya, kereta-kereta moden tadi lebih canggih dan maju. 

Tak berkesudahan kalau nak sembang tentang tajuk ni. Pendek kata, canggih atau hebat sesuatu itu tidak semestinya disukai oleh semua orang. Begitulah sebaliknya. Ada orang seleranya pada sesuatu yang simple. Ada orang seleranya pada sesuatu yang rumit. Maka tak boleh nak kata apa laaaaa.

Justeru, tak perlulah kita bertikam lidah, kutuk-mengutuk dalam bab selera manusia, kerana masing-masing kita berbeza mentaliti dan selera. (Asalkan tak mengacau dan mengganggu ketenteraman awam, seperti buat bising sudah). Perbezaan itu juga menunjukkan kebesaran Pencipta (dengan kepelbagaian dan keunikan) untuk menguji kita. Kepala kita sahaja sama bulat, tetapi pemikiran kita ada yang empat segi, tiga segi, enam segi, lapan segi, mambang bujur, mambang hijau, mambang biru air laut, mambang mabuk minum brandi dan sebagainya.

Peace and justice for all .......


Mentaliti kita berbeza - Dekat di mata jauh di hati

Skyrim snapshot wallpaper
Perbezaan mentaliti (cara kita berfikir) adalah satu lumrah. Ia kerana kita berbeza pengalaman, agama, budaya, persekitaran dan sebagainya. Tetapi, akibat terlalu banyak berbeza, membawa kita kepada banyak salah faham dan "dekat di mata jauh di hati" sesama kita. 

Antara beberapa perkara yang perlu kita diagnosis dan rawat kembali;

- Apabila kita kaya, kita memandang rendah orang miskin dan menganggap mereka kurang berusaha dan seumpamanya.

Apabila kita miskin, kita membenci dan dengki pada orang kaya dan lebih suka melihat mereka jatuh.

- Apabila kita sihat, kita merasa bangga kerana kita telah berusaha dan berjaya menjaga kesihatan. Dan kita memandang orang-orang yang sakit itu tidak pandai jaga kesihatan dan tidak berusaha seperti usahanya kita.

Apabila kita sakit, kita meluat tengok orang sihat dan kalau boleh mahu lihat mereka juga sakit seperti kita.

- Apabila hati kita tenang, kita merasa bahawa kita telah berjaya mengawalnya (hati) dan orang lain degil kerana tidak mahu buat seperti apa yang kita buat. Hasilnya, kita berbangga kononnya kitalah manusia yang tenang. Walhal, mungkin kita masih lagi belum kena ujian yang boleh menggugat hati kita. Jika sampai masanya baru tahu.

Apabila hati kita serabut, ini tah payah ceritalah, %#$8*&! :-D

- Apabila kita banyak ilmu di dada, kita merasakan orang lain pemalas dan tidak berusaha seperti apa yang kita usahakan. Walhal kita lupa / tidak perasan, bahawa "tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah S.w.t". Ya, tak semua orang mampu buat seperti apa yang kita buat. Allah Ta'ala telah mengurniakan kemampuan masing-masing.  Masing-masing ada fungsi masing-masing. Takkan semua orang nak jadi Perdana Menteri belaka.

Apabila kita jahil sesuatu perkara, kita mula cari kelemahan dan kesalahan orang berilmu, untuk merendah-rendahkan mereka dan menyembunyikan kejahilan kita. 

- Apabila kita sudah fanatik dengan pihak yang kita suka, kita sukar untuk melihat dan cuba memahami pihak lain. Malah kita terus menganggap bahawa hanya pihak kita sahaja yang betul dan baik, walaupun kita tidak sedar bahawa kita sudah menjadi berat sebelah, tidak adil dan seumpamanya.

- Apabila kita sudah ada selera atau suka terhadap suatu perkara, kita sukar menerima kesukaan dan selera orang lain. Lebih haru lagi hinggakan kita mudah mengutuk selera atau kesukaan orang lain. Selera manusia memang berbeza. Kenapa perlu sakit hati dengan selera orang lain? Masing-masing nikmati selera masing-masing sudah lah. Janji HALAL.

Dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan .......


Kesimpulan

Parah kalau kita rasakan diri kita ini suci dan baik belaka, tanpa merasakan bahawa kita juga ada banyak kesalahan dan dosa. Begitu juga payah kita nak cari orang yang berani mengaku bersalah dan risaukan kesalahan diri sendiri, dibandingkan dengan orang yang sentiasa nak tunjuk baik di depan orang seolah-olah dirinya tidak ada melakukan kesalahan.

Kita tidak akan faham tentang sesuatu kalau kita tidak alami dan rasai sendiri. Tetapi sekurang-kurangnya dengan BERBINCANG dan BERMESYUARAT sesama kita, masing-masing boleh meluah dan menerangkan dan satu pihak lagi boleh cuba memahami. Kalau bincang dan mesyuarat pun payah, alamatnya nak mampos. Eh bukan, alamatnya makin tak faham lah kita dengan perihal orang lain.

Justeru, apa lah salahnya jika kita mahukan orang lain juga dapat kebaikan seperti apa yang kita dapat, dengan betul-betul IKHLAS. Bukan kerana sakit hati, busuk hati, bangga diri, merasa hebat, dan seumpamanya.

Wassalaam. Peace and justice for all ....... :-)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (126) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (20) Kamera digital (15) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (56) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (189) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (45) Landskap (108) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (58) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (22) Perang (32) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (59) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (20) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (42) Teknologi (232) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (160) Time lapse (39) Timur Tengah (173) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (290) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)