Berita Terkini

Sedap atau tidak VS Canggih atau tidak

bugatti veyron and 1935 mercedes benz
Kadang-kadang mungkin kita merasa pelik, eh kenapa orang tu suka sangat benda tu, walhal bagi kita tak ada apa pun yang istimewa. Dan kadang-kadang juga orang merasa pelik pada kita, kenapalah kita ni suka sangat benda yang bagi mereka tak ada standard pun.

Ada orang lebih suka cara nyanyian dari penyanyi tahun 50an dan 60an, sementara ada orang lebih suka cara nyanyian dari penyanyi zaman moden. Sedangkan hakikatnya, nyanyian dari penyanyi moden (Siti Nurhaliza sebagai contoh) lebih banyak skill, banyak bunga, banyak pembaharuan, lebih sulit dan sebagainya. Jika seseorang itu mendalami ilmu muzik mungkin dia akan faham. 

Ada orang pula lebih pentingkan suara (merdu), tak kiralah nyanyian itu ada skill ke tak ada skill. Malah ada juga yang lebih pentingkan melodi lagu, tak kira lah suara penyanyi tu merdu ke tidak, janji lagu sedap. Dan tak kurang yang pentingkan kesemuanya (total package). Maka tak hairan lah dalam pertandingan Juara Lagu sebagai contoh, ada yang tidak puas hati dengan lagu yang menang. Walaupun lagu-lagu yang menjadi juara sudah menjadi pilihan pakar muzik sekalipun, tetap akan ada yang tak puas hati. 

Dan jangan hairan, ada juga orang yang suka suara penyanyi yang sama dengan suaranya sendiri. Tak pasti kenapa, mungkin agar orang tahu bahawa suaranya seperti suara penyanyi sekian-sekian. :-D

Begitu juga tentang filem. Ada yang lebih suka filem lama berbanding dengan filem baru, walaupun kita sedia maklum filem baru lebih menggunakan alat-alat yang canggih dan biaya yang lebih mahal. Kenapa mereka lebih suka filem-filem lama? (contohnya filem-filem Allahyarham P Ramlee). Ada yang mengatakan filem-filem lama lebih memberi pengajaran, lebih sampai ke hati, lakonan yang mantap, lawak yang bermesej serta tidak melampau dan sebagainya. Sedangkan filem-filem baru kebanyakannya tangkap muat, pilihan pelakon yang cincai, tak sampai ke hati, lawak bodoh serta melampau dan sebagainya. Apa-apa aje la kan?

Kita lihat dalam bab makanan pula. Ada orang lebih suka makanan-makanan tradisional seperti karipap, cokodok, onde-onde, nasi himpit dan lain-lain, berbanding dengan makanan-makanan moden seperti kek yang berbagai corak dan warna, biskut, pizza, ice cream dan makanan-makanan lain yang canggih. Sedangkan hakikatnya, makanan-makanan moden itu lebih sukar untuk diproses dan canggih, sedangkan makanan-makanan lama lebih simple.

Kita jenguk dalam bab fotografi. Kenapa sampai ada macam-macam jenis kamera, dari yang murah sampai ke yang sangat mahal? Padahal kerjanya sama sahaja, iaitu nak tangkap gambar. Dan walaupun gambar keluar dari kamera yang sangat mahal, tidak semestinya ia akan disukai orang. Malah tak kurang gambar dari kamera yang sangat murah pun lemak berkrim disukai ramai.

Ada orang suka gambar yang warnanya terang, ada yang suka gambar edit macam lukisan, ada yang suka gambar kurang edit, ada yang suka tak edit langsung. Malah yang edit dan warna melampau sangat pun ada yang suka juga. Ih ih ih ih ih.

Ada gambar yang sulit dan sukar untuk difotokan. Ada yang sangat mudah. Ada orang suka gambar yang cantik dimatanya, tak kira lah proses memfotonya payah atau tidak. Ada pula yang pentingkan keunikan dan kesukaran untuk memfoto, walaupun gambar tak cantik mana. Bagi yang selera tinggi pula, mementingkan banyak faktor dalam suatu gambar.  

Maka tak hairan lah, kadang-kadang ada jurukamera berpenat-lelah gila-gila untuk dapatkan gambar yang terbaik baginya, tetapi usahanya tidak diminati orang (mungkin kerana orang tak nampak macam mana dia berusaha dan orang tak reti nak menilai hasil usahanya untuk dikaitkan dengan gambar). Dan kadang-kadang ada jurukamera yang buat kerja cincai dan ala kadar sahaja, tetapi hasil usahanya diminati orang. Apa boleh buat, "beauty in the eyes of the beholder."

Kalau dalam bab permainan komputer (PC Games), kebanyakan games baru sekarang memang canggih grafik dan pembikinannya. dibandingkan dengan games-games lama (dan banyak lagi games murahan baru) yang grafiknya hanya kelihatan seperti susunan petak-petak. Tetapi ada orang (terutamanya kanak-kanak), games yang petak-petak itulah yang lebih disukai. Games yang grafiknya lebih realistik dan canggih langsung tidak dipedulinya. Kalau main pun mungkin sekejap dan akan mudah bosan (mungkin kerana corak permainan tidak sesuai dengan kanak-kanak).

Ada orang pula (terutamanya remaja dan dewasa), lebih tertumpu kepada kecanggihan dan grafik yang realistik, disamping gameplay yang bagus. Grafik yang cantik dan realistik itu merupakan satu kepuasan sampingan juga dalam bermain. Mungkin kerana orang dewasa lebih penghayatannya berbanding dengan kanak-kanak, dan orang dewasa lebih melihat kepada banyak sudut.

Dalam bab sukan, contohnya bolasepak, ada orang bermati-matian kerana bola. Ada yang sanggup menunggu dan beratur lama kerana bola, ada yang bertumbuk kerana bola, ada yang tak tidur malam kerana bola, ada yang rela demam kerana bola, makan tidur bola lah katakan. Dan di sana ada orang yang pelik tengok gelagat peminat bola. Kenapalah sampai bersorak (bertempik) sampai tengah malam kerana menonton bolasepak? Apa faedahnya duk tengok orang berebut sebiji bola di tengah padang? Kenapa tidak beli je sorang satu dan simpan dalam almari diam-diam, tak perlulah berebut. Hhmmmm.

Contoh lain lagi dalam bab kenderaan. Ada orang lebih suka kenderaan lama dan klasik. Tak payah tunjuk lah padanya kereta Ferrari ke, Lamborghini ke, Porche ke, Bugatti Veyron ke, dia langsung tak terliur. Air liurnya hanya akan meleleh jika dia terpandang kereta-kereta atau motosikal klasik. Sedangkan hakikatnya, kereta-kereta moden tadi lebih canggih dan maju. 

Tak berkesudahan kalau nak sembang tentang tajuk ni. Pendek kata, canggih atau hebat sesuatu itu tidak semestinya disukai oleh semua orang. Begitulah sebaliknya. Ada orang seleranya pada sesuatu yang simple. Ada orang seleranya pada sesuatu yang rumit. Maka tak boleh nak kata apa laaaaa.

Justeru, tak perlulah kita bertikam lidah, kutuk-mengutuk dalam bab selera manusia, kerana masing-masing kita berbeza mentaliti dan selera. (Asalkan tak mengacau dan mengganggu ketenteraman awam, seperti buat bising sudah). Perbezaan itu juga menunjukkan kebesaran Pencipta (dengan kepelbagaian dan keunikan) untuk menguji kita. Kepala kita sahaja sama bulat, tetapi pemikiran kita ada yang empat segi, tiga segi, enam segi, lapan segi, mambang bujur, mambang hijau, mambang biru air laut, mambang mabuk minum brandi dan sebagainya.

Peace and justice for all .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.